Saturday, 7 June 2014

Review : Facebook Groups for Bargain Hunters


Ramai jugak yang taktau pasal facebook groups ni. Macam-macam group wujud dekat facebook sampaikan I sendiri kena buka 2 profile facebook - 1 untuk personal life untuk tau update pasal kawan-kawan, 1 lagi untuk bershopping, crazy deals, carik contest sana sini, cari free items.. so news feed akan penuh dengan shopping je.

Eh, uols ingat I ni tau shopping je ke? Tak, hoke! I menjual jugak, barang2 pre-loved, pre-owned items (atau bahasa pasarnya, barang 2nd hand. hihi). Boleh add I dkt FB I : Wanie Yusop (Preloved & such)


List of fb groups.

1) Preloved - semua barang baru dan preloved ada - baju, beg, barang rumah (household items), gadgets, furniture, nak jual rumah pun ada! haha. Tengok ni, free items pun ada uols! Group ni memang aktif. Rasenye setiap minit ade je orang jual barang. Kalau uols nak jual barang atau carik barang, sesuai post dkt sini. Tapi jgn lupa baca house rules! Group ni dah jadi community dah, memang best! Recommended for all.

Baru-baru ni I sempat grab FOC Enfalac A+ Step 1. Pack kecik je, tapi ok lah dapat pakai utk 1 minggu.


2) KL Mom's Swap & Shop - group ni pulak famous among expats. Ramai expats jual barang dkt sini, tu yang best tu. Sebab macam-macam barang yang deorg bawak dari country deorng, jual murah-murah pulak tu! Mostly barang baby. Most expat ni tak buat pos, suruh self pick up (COD). Pick up location yang famous harus lah KLCC. Recommended for moms and those who'd like to purchase furniture and household items.



3) KL Wanna Sell-n-Buy : Group ni admin dia strict sikit, foreigner yang tinggal dekt Malaysia. Group ni so-so je, disebabkan admin dia a bit garang, tak ramai yang berani post situ kot. hehe.


4) Barter & Letgo Barang Terpakai & New!!! : Group ni sesuai utk Malay ladies. Banyak sangat pilihan baju-baju labuh, maxi dress, tudung, bawal famous si AJ tu, telekung lycra etc.


5) Tempat Menjual Barangan Terpakai : Group ni best sebab admin memang monitor closely setiap post. So takdelah merata orang spam group ni. Dekat sini pun recommended utk Malay ladies. Barang-barang terpakai boleh dapat dengan harga bargain! Kadang-kadang barang rumah pun murah-murah.

So far, ni je lah groups yang nak recommend dekat uols. Nanti kalau ada I bagitau okay? Masa nak bershopping online ni, of course kena jaga-jaga. Certain groups ada listing siapa yang menipu, tak hantar barang la etc. Selain dari kena blacklist, selalunya group member akan bagitau updates cth seller tu dah buka akaun FB yang baru etc. Kadang-kadang kena extra caution dengan barang yang 'too good to be true'.

Selamat bershopping!



Kakigilabargain - A Review Blog on Malaysia's good deals.

Kakigilabargain - A Review Blog on Malaysia's good deals.

Gitew macam gempak je kan? I ni bukanlah banyak masa sangat nak buat review, tapi kalau dah online.. Haa tuddia memang online hanya untuk carik barang-barang murah, redeem free samples, masuk contest sana sini. Memang bargain hunter, seriously. Nak cakap I cheapskate pun I tak kisah! That's what we all should be ;)

Ye la, buat apa nak beli barang mahal-mahal kalau dah boleh dapat murah, betul tak? Dan orang nak bagi free stuffs, ambil je la. Well hello! Harga barang semua naik tau. Nak hidup, kena la pandai carik good deals. Macam mana nak carik? Alahai.. uols tak payah risau, I ada di sini dan I akan share macam-macam benda dengan uols. Memang save money lahh.. Kalau uols pun ternampak apa-apa yang best, murah, barang bagus nak share ke, boleh bagitau i. Sama-sama lah kita hidupkan komuniti 'cost-saving' ni. 

Amaran! Kalau masuk dalam blog ni, memang korang akan jadik cheapskate macam I. Pening jugak hubby I nak layan. Yela, sanggup tu travel ke mall itu ini semata-mata nak redeem benda free. Tapi, hubby I pun happy jugak (you happy kan? mengaku cepat! :p). Sebabnya, I ni tak suka jalan-jalan ke mall atau jenis yang pantang tengok baju baru ke, barang baru, store opening ke.. Memang I takkan join kegilaan itu. 

So kalau uols sekepala dengan I, atau pun rasa macam takde benda free je dkt dunia ni, I'm telling you, you're so wrong! Maka, sila lah follow blog I ni.

Bahasa - bahasa yang digunakan dalam blog ni ialah English dan Melayu. Ade masalah?